Thursday, July 9, 2009
Melihat Penanaman Nappier di Sementa, Kapar
Pada 25 Mei 2009 yang lepas kami bersama Tuan Nasri (Pengurus Besar) dan Tuan Sulaiman (Pengurus Pembangunan) dari PPK Klang telah melawat satu lokasi tanah rezab yang digunakan untuk menanam rumput Nappier.
Hampir sepanjang bahu jalan di sini telah di tanam dengan rumput Nappier kerana kini rumput Nappier mempunyai permintaan yang tinggi. Adakalanya harga untuk 1 tan rumput Nappier ini mencecah RM 350 setan.Tanah rezab ini merupakan tanah rezab milik Jabatan Parit dan Saliran. Di antara syarat untuk menggunakan tanah ini ialah pemajak perlu menjaga kebersihan tanah sehingga ke bibir parit.
Tanah yang telah siap dibersihkan dan telah sedia untuk di tanam dengan rumput Nappier. Terdapat beberapa kaedah untuk menanam rumput Nappier, di antaranya tanam secara baring dan tanam secara cucuk menegak. Dengan pengairan dan pembajaan yang cukup, pasti rumput Nappier yang di tanam akan kelihatan sihat dan segar.
Labels:
Nappier
|
0
comments
Mencari Tapak Projek
Mencari tapak projek yang sesuai bukanlah senang seperti yang kami sangka. Kami telah mengambil masa selama 2 bulan untuk mencari tapak yang sesuai. Ini kerana keadaan muka bumi yang kami utamakan ketika pemilihan tapak dan juga pemilik tanah yang susah untuk kami bersemuka.
Labels:
Tapak Projek
|
0
comments
Kursus Ternakan Kambing Pedaging
Pada bulan April 2009 yang lepas kami telah menghadiri Kursus Ternakan Kambing Pedaging anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) selama 3 hari bertempat di Ladang BODEN, Bahau, Negeri Sembilan bermula dari 19 April 2009 hingga 21 April 2009.Kursus ini di hadiri oleh ahli PPK yang terlibat di dalam projek ternakan kambing boer. Ladang BODEN di pilih sebagai tempat untuk kami berkursus adalah kerana di sini mereka telah mempunyai 1250 ekor kambing boer dan mereka telah berpengalaman dalam ternakan kambing boer ini melebihi 3 tahun. Pelbagai kaedah, cara dan ilmu telah kami perolehi ketika kami berkursus di sini.
Setelah melihat persekitaran kawasan Ladang BODEN ini, di dapati ianya tersusun, bersih dan praktikal. Kebersihan kandang di jaga dengan teliti sehingga kami boleh berkursus dan makan minum di dalam kandang kambing mereka. Semangat kami mula berkobar-kobar untuk menjalankan projek ternakan ini setelah melihat kejayaan yang telah di perolehi oleh Ladang BODEN.
Labels:
Kursus
|
0
comments
Wednesday, July 8, 2009
Salam Perkenalan Dari Kami
Pada tanggal 30 Mac 2009, Permata Hijau Agro telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Tujuan utama penubuhan Permata Hijau Agro adalah untuk menjalankan projek ternakan komersial kambing boer anjuran Projek Pembangunan LPP tahun 2009. Kami merupakan ahli PPK yang terpilih dari PPK Klang untuk mengendalikan projek ternakan ini.
Walaupun kami tiada pengalaman dalam bidang ternakan secara komersial, kami menyahut cabaran ini dengan hati terbuka. Kini, projek ternakan ini masih lagi di dalam perancangan. Insyaallah projek ini akan bermula pada bulan Julai 2009 ini.
Sekian, terima kasih.
Walaupun kami tiada pengalaman dalam bidang ternakan secara komersial, kami menyahut cabaran ini dengan hati terbuka. Kini, projek ternakan ini masih lagi di dalam perancangan. Insyaallah projek ini akan bermula pada bulan Julai 2009 ini.
Sekian, terima kasih.
Labels:
Intro
|
0
comments
Subscribe to:
Posts (Atom)