Thursday, July 9, 2009

postheadericon Melihat Penanaman Nappier di Sementa, Kapar

Pada 25 Mei 2009 yang lepas kami bersama Tuan Nasri (Pengurus Besar) dan Tuan Sulaiman (Pengurus Pembangunan) dari PPK Klang telah melawat satu lokasi tanah rezab yang digunakan untuk menanam rumput Nappier.
Hampir sepanjang bahu jalan di sini telah di tanam dengan rumput Nappier kerana kini rumput Nappier mempunyai permintaan yang tinggi. Adakalanya harga untuk 1 tan rumput Nappier ini mencecah RM 350 setan.
Tanah rezab ini merupakan tanah rezab milik Jabatan Parit dan Saliran. Di antara syarat untuk menggunakan tanah ini ialah pemajak perlu menjaga kebersihan tanah sehingga ke bibir parit.
Tanah yang telah siap dibersihkan dan telah sedia untuk di tanam dengan rumput Nappier. Terdapat beberapa kaedah untuk menanam rumput Nappier, di antaranya tanam secara baring dan tanam secara cucuk menegak. Dengan pengairan dan pembajaan yang cukup, pasti rumput Nappier yang di tanam akan kelihatan sihat dan segar.
Rumput Nappier yang telah di tuai. Untuk makluman anda, penanaman rumput Nappier ini hanya perlu di tanam sekali sahaja, kerana ia akan terus bertunas setelah ianya di tuai. Rumput Nappier yang telah matang adalah berumur 42 minggu selepas di tuai.

0 comments: