Thursday, July 9, 2009

postheadericon Kursus Ternakan Kambing Pedaging

Pada bulan April 2009 yang lepas kami telah menghadiri Kursus Ternakan Kambing Pedaging anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) selama 3 hari bertempat di Ladang BODEN, Bahau, Negeri Sembilan bermula dari 19 April 2009 hingga 21 April 2009.Kursus ini di hadiri oleh ahli PPK yang terlibat di dalam projek ternakan kambing boer. Ladang BODEN di pilih sebagai tempat untuk kami berkursus adalah kerana di sini mereka telah mempunyai 1250 ekor kambing boer dan mereka telah berpengalaman dalam ternakan kambing boer ini melebihi 3 tahun. Pelbagai kaedah, cara dan ilmu telah kami perolehi ketika kami berkursus di sini.
Setelah melihat persekitaran kawasan Ladang BODEN ini, di dapati ianya tersusun, bersih dan praktikal. Kebersihan kandang di jaga dengan teliti sehingga kami boleh berkursus dan makan minum di dalam kandang kambing mereka. Semangat kami mula berkobar-kobar untuk menjalankan projek ternakan ini setelah melihat kejayaan yang telah di perolehi oleh Ladang BODEN.

0 comments: